Pelancaran Bulan PSS

Pada 22 Julai 2010, telah dilancarkan Bulan PSS anjuran Pusat Sumber Sekolah di sempurnakan oleh Pn. Hjh. Misyah bt Ahmad, guru besar SK Melekek. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan ini antaranya kempen membaca, kuiz spontan, NILAM dan sebagainya. Diharapkan murid- murid SK Melekek dapat menyertai program- program yang telah dirancang.

Minggu Matematik

Pada 12 hingga 16 Julai 2010, Panitia Matematik menjalankan Minggu Matematik. Pelbagai program telah dirancang seperti Kuiz Matematik, Nyanyian Sifir, Bacaan Sifir secara pantas dan sebagainya. Semoga program- program yang dijalankan akan dimanfaat oleh murid- murid SK Melekek.

Latihan Dalam Perkhidmatan

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 10 Julai, SK Melekek telah mengadakan LDP yang di adakan di makmal komputer SK Melekek. Beberapa slot taklimat telah diadakan seperti Best ICT, Mengoptimumkan penggunaan ICT dalam P&P serta penerangan tentang SSQS telah dijalankan. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Anis selaku Guru Penyelaras Bestari SK Melekek. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan dilaksanakan dengan jayanya.