Kata-kata Aluan Guru Besar


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(PN HJH MISYAH BINTI AHMAD)

Photobucket

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.

Semoga blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.
SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA DARIPADA KAMI WARGA SK MELEKEK......SEMOGA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH.....AMIN


Program senamrobik 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA. Yang diadakan di sk melekek pada 10 JULAI 2012







CUTI SEKOLAH

Selamat cuti sekolah kepada semua murid-murid sk melekek...
Program sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di SK Melekek...




Program Menggilap Permata Hati Ayah Bonda

Program Menggilap Permata Hati Ayah Bonda Sekolah Penyayang





rombongan berbasikal

rombongan berbasikal daripada taiwan dan singapore ke sk melekek







Tahniah kepada adik Alif Hasme kerana telah mendapat tempat ketiga sempena kempen kesedaran keselamatan TNB


sesi suaikenal

Majlis Suai Kenal Murid- Murid Tahun 1 dan Prasekolah SK Melekek 2012 2 Januari 2012