Selamat Hari Guru 2010

Kepada semua warga guru di Malaysia diucapkan Selamat Hari Guru khasnya untuk guru- guru di SK Melekek. Tema Hari Guru pada tahun ini 'Guru Pembina Negara Bangsa' diharapkan dapat meningkatkan semangat para guru untuk terus berusaha menjadi guru yang cemerlang demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Selamat Hari Guru 2010.. Terima Kasih Cikgu..

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Pada hari Selasa, bersamaan dengan 4 Mei 2010, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Melekek telah menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG yang ke 45. Kehadiran pihak ibu bapa adalah amat menggalakkan. Mesyuarat pada tahun ini berjalan dengan lancar dan tiada pemilihan Ahli jawatan kuasa yang baru. Mesyuarat Agung kali ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Sharif bin Ahmad. Pihak sekolah merakam setinggi penghargaan kepada semua warga SK Melekek yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.